Kamar Sepi

Dari kamarsepi ini, aku mengintai kamu dari kejauhan... walaupun jauh... namun dikau tetap dekat dihati... rindu dan kasih yang berputik hanya buat seorang kamu... ku kan tetap menanti dan kan terus menanti... satu jawapan pasti...

Sunday, June 04, 2006

Seawal jam 6.00, aku bangkit dari lena nan panjang dan ulikan mimpi indah. Alhamdulillah pagi ini aku masih lagi diberi izin oleh Yang Maha Esa untuk meneruskan liku-liku kehidupanku. Seperti biasa, ku capai tuala mandi dan terus ke bilik air untuk membersihkan diri. Setelah setengah jam dok kat bilik air, aku keluar dan bergegas ke bilikku untuk mengenakan pakaian dan terus saja bersolat Subuh. Selesai mengerjakan solat, aku berwirid dan memanjakan doa kehadrat Allah. Agak panjang juga doaku pagi ini.

Setelah selesai, aku ke dapur dan menghirup secawan kopi yang di buat emak. "awalnya kau bangkit hari ni?" tanya enak kepadaku.

"Tak ada apa mak, biasa aja," jawabku ringkas dan terus menghirup kopi. Emak menghidangkanku sepinggan nasi goreng, keropok leko dan goreng pisang. Tanpa berfikir panjang, aku terus makan dengan sopan.

Difikiranku kini aku sedang memikirkan sesuatu. Hadia. Ya itulah nama yang secara tak sengaja keluar dari mulutku di meja makan pagi tadi. "hai, pagi-pagi dah berangan, kat meja makan pun sempat berangan?," usik emak.

Sambil terbatuk, aku menjawab, "tak adalah mak, saja sebut," jawabku sambil tersipu-sipu malu.

Setelah selesai makan, aku bergegas ke bilik ku. Ku memasang suis komputer dan menghidupkannya. Sebaik sahaja komputer dihidupkan, aku mendengar beberapa lagu kegemaranku iaitu Laskar Cinta, Biarlah Menjadi Rahsia dan beberapa lagu lain. Aku melihat jam di hujung katilku. "Ah!! baru pukul 8.15, bisik hatiku. Aku masih punya masa lagi.

Aku segera membaca surat khabar. Masa berlalu agak pantas tanpa ku sedari. Jam dindingku telah pun berdenting sembilan kali menandakan pukul 9.00.

Masa yang ku nanti kini telah pun tiba. Aku terus on kan skype di mana inilah tempat aku dan Hadia berasmara. Setelah memastikan aku berada distatus online, aku pun menanti di situ.

"Ya Allah, mana dia ni? Adakah dia telah lupa akan janji untuk menemuiku di sini pagi ini?" rungut hatiku.

Kini sudah satu jam berlalu, namun aku masih menanti dan menanti. Hadia, jika kau dapat merasakan penderitaanku ini, tentu kau tidak akan melakukannya terhadapku. Di manakah dirimu saat ini?

Ya Allah, berilah aku kekuatan dan ketenangan. Aku kini semakin resah.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home